Saturday, January 1, 2011

Syarat dan peraturan menjadi ahli UCOC

UNLIMITED CAR OWNER CLUB atau kemudian disebut sebagai UCOC adalah dibuka kepada orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1.      Seorang warganegara Malaysia atau penduduk tetap di Malaysia.
2.      Berumur 21 tahun ke atas semasa penyerahan borang pendaftaran sebagai ahli kelab UCOC.
3.      Mempunyai tubuh badan yang sihat. Jika mempunyai apa-apa masalah kesihatan atau alahan terhadap ubat-ubatan,sila lampirkan apa-apa dokumen berkaitan.
4.      Pemohon mestilah bebas daripada apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
5.      Pemohon yang hendak menyertai UCOC tidak boleh mempunyai apa-apa agenda yang mengandungi apa-apa unsur yang berbau politik kerana UCOC bukanlah sebuah badan kerajaan atau politik..
6.      Pemohon dikehendaki membayar wang sebanyak RM40 semasa menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli UCOC dan bayaran bulanan sebanyak RM5 untuk tujuan aktiviti UCOC.
7.      Mana-mana pemohonan yang ditolak oleh lembaga pemantauan UCOC,pemohon tidak berhak menuntut apa-apa bayaran atau pampasan dari UCOC,dan semua bayaran bulanan untuk aktiviti dan bayaran pendaftaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.









Mana-mana pemohon yang sedang dipantau dan telah menjadi ahli UNLIMITED CAR OWNER CLUB tertakluk kepada peraturan-peraturan seperti berikut :

1.      Mempunyai disiplin diri dan sentiasa menepati masa apabila menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh UCOC.
2.      Sentiasa mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan UCOC.
3.      Mendengar taklimat serta mematuhi arahan-arahan yang diberikan dalam setiap kegiatan dan aktiviti UCOC.
4.      Semua ahli WAJIB mematuhi dah menghormati undang-undang jalan raya semasa memandu kereta atau semasa konvoi.
5.      Sentiasa berminat dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh UCOC.
6.      Mana-mana ahli dilarang menggunakan nama UCOC untuk menyertai apa-apa aktiviti kelab kereta yang lain tanpa kebenaran dari ahli jawatankuasa UCOC.
7.      UCOC tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa kerugian atau kemalangan yang berlaku ke atas ahli semasa menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UCOC.
8.      Ahli jawatankuasa UCOC boleh dan pada bila-bila masa setelah satu mesyuarat diadakan meminda, mengubah, membatalkan atau menambah mana-mana syarat dan peraturan yang sedia ada mengikut keperluan atau perkembangan semasa.